Saturday, May 25, 2013

Kenduri kahwin

1. Bila musim cuti sekoleh banyaklah kenduri kahwin
2. Kalau orang business peralatan baby campurlah sepuluh bulan dari tarikh
3. Macam-macam business boleh buat sempena majlis perkahwinan
4. Kenduri kahwin bukan business
5. Tetamu hulurkan wang bukan tujuan beli makanan atau bukan tujuan sedekah
6. Tetamu datang beri wang kepada tuan rumah adalah tujuan tumpang buat kenduri
7. Kalau tuan rumah hambiskan belanja RM10K buat kenduri
8. Tetamu beri wang kenduri RM10K ertinya tuan rumah tak buat kenduri
9. Apapun bergantung kepada niat

Friday, May 24, 2013

Cara nak jadi bos

1. Jadilah haluan kanan atau sokong apa yang orang atas buat
2. Kalau jadi pembangkang susah sikit nak jadi bos
3. Ikut niat. Kadang-kadang bukan nak jadi bos tapi nak popular.
4. Janganlah naik bas bergaduh dengan pemandu
5. Kalau nak populariti bergaduhlah dengan pemandu
6. Sama ada pemandu bubuh penumbuk atau masuk laluan lain
7. Pemandu boleh buat apa saja
8. Janganlah susah-susah kalau tak mahu jadi susah
9. Ada orang hobi dia suka hidup susah dan menyusahkan orang lain

Thursday, May 23, 2013

Anda berputus asa

1. Putus asa hanya perasaan malas untuk berusaha
2. Orang yang berputus asa wajib memulakan dari awal
3. Putus asa adalah akibat dari gopoh dan tamak
4. Buat kerja biar sikit-sikit tetapi berterusan
5. Orang-orang yang putus asa adalah mereka yang hangat-hangat tahi ayam
6. Kejayaan bukanlah satu hadiah tetapi penat lelah
7. Ramai orang yang berpenat lelah tetapi hasilnya sampah
8. Apa yang penting mesti ada objektif
9. Mulakan dari awal sikit-sikit dan sabarlah dengan yang sedikit

Berani kerana benar

1. Kita mesti jadi berani
2. Kalau kita salah katakan kita salah
3. Kalau kita tak boleh buat kata tak boleh buat
4. Ramai orang berselindung dengan alasan
5. Mengapa susah-susah fikir alasan itu dan ini
6. Katakan sahaja "saya tidak mampu"
7. Katakan sahaja "saya yang salah"
8. Jujurlah dengan diri sendiri
9. Beranilah hadapi kenyataan

Tuesday, May 21, 2013

Manusia yang malang

1. Adek mari solat...? "saya kecil lagi..!" .........bila dah besar jadi abang...
2. Abag mari solat...? "pi la dulu, saya sibuk nak siapkan tugasan...!"
3. Pak cik mari solat...? "kalau aku pi solat siapa nak uruskan lembu, ayam, itik aku ni..?"
4. Tok Wan mari solat...? "hampa pi la dulu, aku ni mata dah rabun tak nampak jalan..!"
5. Ya Mamat binti Munah mari solat...? "pi la dulu aku sakit ni dok kena palu dengan malaikat...!"
6. Ya kaum masuh lah bawah naungan 'arasy..? "tak boleh, dulu kami tak solat...!"
7. Jangan masuk dalam neraka...? "ini tempat kami sebab dulu kami tak solat...!"
8. Alasan demi alasan, yang penting tak mahu solat
9. Sujudkan dia letak 100kg batu atas kepala tapi hati tak mau sujud. Macam mana nak buat..?

Ingatlah pada Allah SWT

1. Sesungguhnya Solat itu untuk mengingati Allah SWT
2. Ingatlah Allah SWT ketika kita senang nanti Allah SWT ingat kita masa kita susah
3. Ramai orang ingat Allah SWT ketika sakit dan susah
4. Supaya kita ingat pada Allah SWT maka Allah SWT jadikan kita sakit dan susah
5. Apa salahnya kita ingat pada Allah SWT sebelum sakit dan susah
6. Allah SWT amat pemurah dan penyayang tidak suka menyusahkan hambaNya
7. HambaNya selalu menyusahkan diri sendiri dengan tidak bersyukur kepada Allah SWT
8. Sikap manusialah yang menyebabkan Allah SWT menguji mereka sakit dan susah
9. Melalui sakit dan susah barulah manusia ingat kepada Allah SWT dengan solat

Mulalah bersyukur dengan yang sedikit

1. Bila makan dah habis jilatlah jari kerana itu tanda syukur
2. Kalau orang tidak mahu jilat jari boleh anda minta jilat itu juga syukur
3. Jumpa 5 sen di jalan ambillah itu tanda syukur
4. Lapang dada bernafas itu juga rezeki yang patut syukur
5. Terjatuh dan luka itu juga rezeki patut syukur katalah alhamdulillah
6. Dapat makan sisa makan orang lain itu juga rezeki katalah alhamdulillah
7. Kalau sedikit pun tak tahu nak syukur macam mana kalau dapat banyak
8. Ramai orang tidak pandai syukur akhirnya kecundang
9. Jangan sampai kecundang baru nak bersyukur, dah terlambat